Wednesday, March 24, 2010

Realiti Mahasiswa - Persiapan Ke Alam Pekerjaan

Semalam Akhbar Berita Harian melaporkan pendedahan daripada Persekutuan Majikan - majikan Malaysia berhubung ada dalam kalangan mahasiswa / i IPT yang menjadi penghantar surat mahupun pembancuh minuman ketika menjalani latihan praktikal. Bahkan pagi ini tadi radia IKIM.FM turut membincangkan serta mendapatkan pandangan ramai akan topik yang sama.
Hal ini mengundang saya untuk memberikan sedikit pandangan... Ya realitinya itulah antara pengalaman " ngeri " yang dilalui oleh kebanyakan mahasiswa / i sejak dulu lagi. Tidak salah jika ada yang beralasan tujuan mereka diperlakukan sedemikian adalah untuk menguji daya tahan di samping membekalkan diri pelatih ini dengan kemahiran pelbagai " multi skilling ". Namun harus di ingat, sikap majikan yang seolah - olah menperhambakan golongan cendekiawan ini ibarat mewariskan satu bentuk amalan negatif untuk dijadikan budaya untuk masa - masa mendatang.
Memang, tidak kita nafikan pelajar amali perlu didedahkan dengan segala bentuk pengetahuan dan pengalaman. Namun biarlah ia bertepatan dengan gagasan negara dalam melahirkan generasi yang mantap serta berdaya saing. Jika ruang masa yang sedikit yang diperuntukkan kepada golongan siswa / siswi ini untuk menimba ilmu, dimomokkan dengan perkara - perkara karut marut, maka dibimbangi setelah keluar bergraduan kelak, generasi ini bakal menjadi generasi yang kurang daya fikir, kurang daya saing, kurang berinovatif dan bermotivasi rendah. Ini kerana awal - awal lagi golongan majikan memberikan tanggapan negatif serta membekalkan mereka dengan budaya kerja yang tidak sihat.
Pengalaman ketika menghadiri kem musim panas belia Asia Tenggara pada 2003 memberi saya kesempatan untuk berkongsi cerita perihal siswa / siswi di universiti - universiti luar akan budaya serta metodologi praktikum yang mereka bakal atau telah hadapi. Siswa / siswi di Jepun sebagai contoh perlu memperlihat segala kebolehan mereka semasa menjalani latihan amali dan mereka perlu membuat sehabis baik sehinggakan pihak majikan menawarkan pekerjaan kepada golongan ini dalam tempoh latihan amali. Ini bermakna, sekiranya mereka gagal dalam menempatkan diri dalam sektor di mana mereka menjalani amali, atau dengan kata lain mendapatkan tawaran kerja, maka latihan amali tersebut dianggap gagal.
Saya amat kesal dan sedikit terkilan, melihat ada di antara pelatih amali ini disia - siakan kebolehan mereka dengan hanya diletakkan di sudut kecil pejabat dan dilayan seperti budak pejabat. Alangkah beruntungnya jikalau apa jua kemahiran mereka ini diguna pakai dan dijana supaya boleh menjadi satu aset penting dalam organisasi / syarikat untuk memastikan pembangunan berterusan ( sustanaible development ) untuk kemaslahatan bangsa dan negara.

Tuesday, March 23, 2010

suatu perkongsian

Salam, sekdar perkongsian..... Petikan dari blog Saudara Zulkifli Nordin.... Suatu input yg boleh dikongsikan bersama...


Saya terkejut dengan kenyataan oleh Dato' Syed Mohd. Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang disiar dalam akhbar The Star hari ini Isnin 07 Rabi'ul Akhir 1431/ 22 Mac 2010 di mukasurat N.49 mengenai gejala kelahiran anak luar nikah dikalangan gadis Melayu beragama Islam.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan, bagi tahun 2009 sahaja, jumlah Anlun yang dilahir dan didaftarkan dikalangan gadis Melayu beragama Islam yang ialah 17,300. Ini bermakna setiap hari tahun lepas, purata 2 orang An-Lun dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam.

Bagi tempoh 2004 sehingga 2009 pula, jumlahnya adalah 74,723. Ini bermakna setiap tahun purata An-Lun yang dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam adalah seramai 14,945 orang. Ini bersamaan dengan purata 2 orang An-Lun dilahirkan setiap hari.

Ini baru perangkaan yang dapat dikesan dan didaftarkan. Bagaimana pula dengan yang tidak dapat dikesan dan tidak didaftarkan! Ini satu isu yang menggerunkan.

Dan persoalan besar yang saya mahu tahu ialah kemana perginya An-Lun ini yang begitu ramai. Saya ada mendapat maklumat ramai dikalangan bayi-bayi tidak berdosa ini dihantar ke rumah perlindungan bukan Islam. Malahan ada maklumat menyatakan bayi-bayi ini diambil sebagai anak anglat oleh orang bukan Islam.

Cuba bayang dalam tempoh 5-7 tahun lagi, bayi-bayi berbangsa Melayu ini akan mendaftar dan bersekolah dengan anak-anak Islam yang lain, bercampur gaul, berkawan dan berteman dengan mereka!. Dengan rupa Melayu mereka, tetapi berlainan agama, saya boleh bayang apa musibah yang bakal melanda bangsa Melayu umat Islam tidak lama lagi! Na'uzubillah min zaalik, moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah ini.

Saya berpendapat sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan yang lebih holistik dan menyeluruh dalam menangani masalah ini. Kaedah pencegahan dan dan pemulihan yang lebih holistik kita perlu ujudkan.

Sistem pendidikan juga perlu dikaji semula. Kita tidak perlu generasi yang mencapai A++ tetapi akhlaknya runtuh.

Anak-anak Melayu beragama Islam ini sepatutnya didedahkan kepada pengajian berkaitan kejantinaan ini dari awal. Banyak ayat dalam Al Quran dan hadis yang boleh diguna sebagai bahan rujukan untuk pendedahan awal ini.

Walaupun pengetahuan tentang hukum hakam itu penting, tetapi kaedah pendidikan dan tarbiyyah lebih patut diutamakan bagi anak-anak ini. Saya percaya para pakar pendidikan boleh duduk semeja dengan para ulama' dan ilmuan untuk mencari jalan penyelesaian yang membawa menafaat kepada umat Islam, terutama generasi muda masakini.

Diwaktu yang sama, saya percaya kesalahan tidak joleh diletakkan hanya kepada ibu-ibu muda ini sahaja. Saya kasihan melihat bagaimana ibu-ibu muda ini terpaksa berhadapan dengan masalah ini bersendirian. Para agamawan kita pulak lebih suka menghukum daripada menyelesaikan masalah. Ini menyebabkan para ibu muda ini menjadi takut untuk mendekati mereka, sebaliknya samada mengambil tindakan nekad membuang bayi-bayi ini ataupun pergi ke pusat perlindungan bukan Islam yang lebih accomodatif dalam membantu mereka menghadapi masalah ini.

Saya juga merasakan bahawa para jantan-jantan durjana yang mengambil kesempatan daripada gadis-gadis muda ini juga perlu dihukum dengan hukuman yang berat. Selalu kita tengok si ibu muda ini dikenakan tindakan pertuduhan jenayah dan lain-lain, kasihan melihat mereka digari dan diheret ke Mahkamah. Sedangkan jantan-jantan durjana ini terlepas tanpa sebarang tindakan, hanya kerana didalam perundangan sekular, mereka ini tidak melakukan sebarang kesalahan yang diiktiraf oleh undang-undang negara.

Saya percaya sudah tiba masanya kita kembali mengkaji untuk melaksanakn sistem perundangan syariah dalam menghadapi kemelut ini. Kerana saya yakin, bukan sistem syariah itu yang akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tetapi keimanan, keyakinan dan ketaatan kita mematuhi perintah ALLAH itulah akan membuatkan ALLAH menimbang untuk menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada kita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Rabi'ul Akhir 1431
22 Mac 2010

Friday, September 11, 2009

Terkilan..... & Pelik ..... ?????

Ramadhan kian sampai ke penghujungnya. Sedikit masa lagi akan pergilah bulan tarbiyah yang di dalamnya terkandung rahmat, marghfirah ( keampunan ) dan Pembebasan dari Neraka. Berakhirnya Ramadhan bererti akan muncul pula Syawal. Bulan Kemenangan.
Umat Islam pastinya akan sibuk membuat persiapan bagi menyambut Syawal atau yang lebih tepat lagi Aidil Fitri. Seperti sudah menjadi satu tradisi, golongan kakitangan awam sudah pasti ternanti - nanti berita gembira ( durian runtuh ) bagi menampung perbelanjaan yang sudah pastinya di luar bajet.
Bagi mereka yang sudah berkeluarga, sudah pasti kemeriahan Syawal akan lebih bererti bilamana anak - anak dapat dihadiahkan dengan pakaian baru yang mungkin ini hanya berlaku setahun sekali. Rezeki yang sedikit bertambah ini juga dapatlah digunakan untuk dikongsikan bersama ibu ayah yang bukan sahaja menanti kepulangan anak - anak untuk beraya bersama.
Hakikatnya pada tarikh 9 Septerber 2009 ( 090909 ) Perdana Menteri mengumumkan pemberian bantuan khas RM 500.00 kepada golongan kakitangan sokongan sebagai memenuhi permintaan lebih 1 juta daripada mereka. Sungguhpun jumlahnya agak kecil dan ada dalam kalangan kita yang tergelak kecil apabila mendengarnya namun itulah realitinya. Mungkin perkataan yang sesuai adalah " Lebih Baik Ada Daripada Tiada Langsung ". Yang penting bagaimana kita menerima hadiah ini dan memanfaatkannya.
Tetapi sedarkah kita, dalam semaraknya semangat kita untuk menyambut Syawal, kita seharusnya juga tidak alpa dengan isu besar yang jika kita tidak peka boleh menganggu gugat keselamatan negara. Gerakan " Sweeping Malaysian ", yang telah dicanangkan di Indonesia. Kita tidak boleh hanya melihat ini sebagai satu sandiwara. Jika kita punya rasa cinta negara, patriotisme dan nasionalisme, kita perlu bangun dan bersiap sedia untuk menjadi benteng utama negara yang ampuh.
Memang kita tidak mahu perkara in berlarutan, namun jangan sampai kita lalai daripada melindungi Agama, Bangsa dan Negara kita daripada segala bentuk ancaman. Diplomasi mungkin satu cara yang baik. Persoalannya apakah kita bersedia dan apakah persediaan kita ?
Fikir - fikirkan..... sekadar luahan untuk perkongsian....

Monday, August 17, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Selamat Datang Ya Ramadhan,
Bulan yang penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Bulan yang di dalamnya terkandung pelbagai rahsia kasih sayang tuhan yang maha segalanya.

Ketibaan Ramadhan sudah pasti merupakan satu lembaran indah yang perlu kita rebut. Ini kerana, keberkatan Ilahi yang melimpah ruah di dalam bulan ini tidak terdapat di dalam bulan lain.

Oleh yang demikian, bulan tarbiyah, yang melatih kita dengan nilai sabar, bulan tarbiyah hawa nafsu dan bulan merebut amal pahala ini perlu kita manfaatkan sepenuhnya.

Ahlan Ya Ramadhan.

Tuesday, April 7, 2009

Selamat Berjuang & Selamat Kembali

Tanggal 3 April menyaksikan satu sejarah terlakar dengan pelantikan YAB Dato Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekalung Tahniah buat Dato Sri najib kerana diberikan satu amanah yang cukup besar dalam memimpin negara ke satu era yang lebih jitu. Semoga YAB Dato Sri berjaya memacu kelangsungan kecemerlangan negara ini dengan jayanya.

Peristiwa manis ini turut dihiasi dengan kembalinya semula ayahanda tercinta Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO pada hari berikutnya. Mudah - mudahan segala ilmu dan pengalaman yang Allah telah kurniakan kepada ayahanda Tun akan dicurahkan sebaik mungkin dalam membantu Malaysia tercinta menjadi sebuah negara yang disegani dunia.



Buat mantan Perdana Menteri kelima Ayahanda Tun Abdullah, segala jasa baktimu akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Keperibadianmu yang tidak mudah melatah dan gambaran wajahmu yang sentiasa tersenyum membuatkan kami akan senantiasa merinduimu. Semoga Ayahanda Tun Abdullah tidak akan berhenti daripada membantu mencurahkan segala apa jua pengalaman bersama demi untuk sebuah negara dan bangsa Malaysia.


Salam Sayang buat kalian......

Thursday, March 5, 2009


INFORMATION EVERYONE SHOULD KNOW........................




Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the TongueSTROKE:


Remember the 1st Three Letters.....S.T.R. STROKE IDENTIFICATION:


It only takes a minute to read this...A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.RECOGNIZING A STROKE


Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR .


Read and Learn!Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:


S *Ask the individual to SMILE.

T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)(i.e. It is sunny out today.)

R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher.


New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue... If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other,that is also an indication of a stroke.A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved. I have done my part. Will you?

Tuesday, February 17, 2009

Renungan : Kita Serupa ?

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN ?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih - lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih - lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa - dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa - dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira - kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya ??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah - sepah bukan ? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak - anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH ( dosa kecil ).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana - mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik - baiknya...supaya kelak masing - masing lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah - belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh - musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. ( Ali – Imran : 103 ) Pada hari itu ( hari qiamat ) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berpura-pura memberikan alasan untuk membela diri "
( Sumber dari seorang hamba Allah yang dermawan dengan ilmunya )