Monday, August 17, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Selamat Datang Ya Ramadhan,
Bulan yang penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Bulan yang di dalamnya terkandung pelbagai rahsia kasih sayang tuhan yang maha segalanya.

Ketibaan Ramadhan sudah pasti merupakan satu lembaran indah yang perlu kita rebut. Ini kerana, keberkatan Ilahi yang melimpah ruah di dalam bulan ini tidak terdapat di dalam bulan lain.

Oleh yang demikian, bulan tarbiyah, yang melatih kita dengan nilai sabar, bulan tarbiyah hawa nafsu dan bulan merebut amal pahala ini perlu kita manfaatkan sepenuhnya.

Ahlan Ya Ramadhan.

1 comment:

haikal said...

selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dengan sebaik. ingat hidup tak panjang segera untuk menjadi orang terbaik yang berjaya!