Ramadhan kian sampai ke penghujungnya. Sedikit masa lagi akan pergilah bulan tarbiyah yang di dalamnya terkandung rahmat, marghfirah ( keampunan ) dan Pembebasan dari Neraka. Berakhirnya Ramadhan bererti akan muncul pula Syawal. Bulan Kemenangan.
Umat Islam pastinya akan sibuk membuat persiapan bagi menyambut Syawal atau yang lebih tepat lagi Aidil Fitri. Seperti sudah menjadi satu tradisi, golongan kakitangan awam sudah pasti ternanti - nanti berita gembira ( durian runtuh ) bagi menampung perbelanjaan yang sudah pastinya di luar bajet.
Bagi mereka yang sudah berkeluarga, sudah pasti kemeriahan Syawal akan lebih bererti bilamana anak - anak dapat dihadiahkan dengan pakaian baru yang mungkin ini hanya berlaku setahun sekali. Rezeki yang sedikit bertambah ini juga dapatlah digunakan untuk dikongsikan bersama ibu ayah yang bukan sahaja menanti kepulangan anak - anak untuk beraya bersama.
Hakikatnya pada tarikh 9 Septerber 2009 ( 090909 ) Perdana Menteri mengumumkan pemberian bantuan khas RM 500.00 kepada golongan kakitangan sokongan sebagai memenuhi permintaan lebih 1 juta daripada mereka. Sungguhpun jumlahnya agak kecil dan ada dalam kalangan kita yang tergelak kecil apabila mendengarnya namun itulah realitinya. Mungkin perkataan yang sesuai adalah " Lebih Baik Ada Daripada Tiada Langsung ". Yang penting bagaimana kita menerima hadiah ini dan memanfaatkannya.
Tetapi sedarkah kita, dalam semaraknya semangat kita untuk menyambut Syawal, kita seharusnya juga tidak alpa dengan isu besar yang jika kita tidak peka boleh menganggu gugat keselamatan negara. Gerakan " Sweeping Malaysian ", yang telah dicanangkan di Indonesia. Kita tidak boleh hanya melihat ini sebagai satu sandiwara. Jika kita punya rasa cinta negara, patriotisme dan nasionalisme, kita perlu bangun dan bersiap sedia untuk menjadi benteng utama negara yang ampuh.
Memang kita tidak mahu perkara in berlarutan, namun jangan sampai kita lalai daripada melindungi Agama, Bangsa dan Negara kita daripada segala bentuk ancaman. Diplomasi mungkin satu cara yang baik. Persoalannya apakah kita bersedia dan apakah persediaan kita ?
Fikir - fikirkan..... sekadar luahan untuk perkongsian....
No comments:
Post a Comment