Tuesday, February 17, 2009

Renungan : Kita Serupa ?

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN ?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih - lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih - lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa - dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa - dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira - kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya ??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah - sepah bukan ? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak - anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH ( dosa kecil ).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana - mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik - baiknya...supaya kelak masing - masing lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah - belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh - musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. ( Ali – Imran : 103 ) Pada hari itu ( hari qiamat ) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berpura-pura memberikan alasan untuk membela diri "
( Sumber dari seorang hamba Allah yang dermawan dengan ilmunya )

Monday, February 9, 2009

"Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir ?


Perkembangan politik masa kini menggerakkan saya untuk mengambil
petikan berikut daripada buku "Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau
Kurang Zikir?" oleh Pahrol Mohamad Juoi, untuk renungan bersama. War-
warkan kepada rakan-rakan lain kalau boleh.


Bab 10 : Membina Kematangan Politik Orang Melayu
Survival bangsa Melayu, yang pada sesetengah pihak sangat sinonim
dengan soal ketuanan Melayu, sangat bergantung kepada kuasa politik.
Selagi Melayu menguasai politik, selagi itulah Melayu akan terus kuat
dan berdaulat. Demikian keyakinan yang sering dilaungkan oleh
sesetengah pihak untuk menunjukkan betapa satu-satunya tempat orang
Melayu berpaut bagi mempertahankan keutuhan dan maruah ialah kuasa
politik. Inilah satu satunuya “dahan” untuk Melayu berpaut
memandangkan pencapaian dalam bidang ekonomi dan akademik masih belum
mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Malah Melayu masih perlukan
sistem kuota, subsidi dan “imuniti” untuk menghadapi cabaran
globalisasi.
POLITIK KOTOR
Ironinya politik yang dianggap kotor itulah nampaknya terus menjadi
benteng terakhir untuk mempertahankan orang Melayu agar tidak
menjadi ”hamba” dengan gelaran ketuanannya. Namun apakah orang Melayu
sudah matang berpolitik hingga membolehkan mereka terus mempertahankan
kuasa pada masa akan datang? Atau di bidang ini pun sesuatu yang
negatif sedang berlaku yang mana jika tidak ditangani dengan tepat
akan menghakis kuasa politik Melayu.
KEKUATAN POLITIK MELAYU TERHAKIS
... Sesetengah ahli akademik beranggapan bahawa gaya dan pola politik
Melayu masa kini begitu celaru dan tidak menunjukkan satu kematangan
selari dengan usia demokrasi di Malaysia. Ini kerana orang Melayu yang
terpecah kepada dua kelompok besar parti politik yang telah saling
bercakaran TIDAK KIRA MUSIM, TEMPAT dan SUBJEK.
Titik persamaan yang boleh menjamin manfaat bersama nampaknya semakin
kabur dan luntur oleh lautan api permusuhan, dendam dan hasad dengki
yang semakin marak.Cara menyerang lawan begitu agresif ... hingga
meletakkan situasi pada keadaan ” kalah jadi abu,menang jadi arang”.
Pertembungan bukan saja berlaku pada musim pilihanraya tetapi terus
berlaku PADA SETIAP MASA DAN PERKARA. Pasca Pilihanraya ke-12 telah
menunjukkan betapa buruknya ”wajah politik” orang Melayu.
Pihak yang kalah, seolah-olah tidak boleh menerima hakikat dan terus
menyalak yang di atas. Manakala pihak yang menang pula, masih tidak
puas hati dan terus menghenyek yang di bawah. TERLUPAKAH KITA BAHAWA
KERJA UNTUK ”MEMBINA” SESUNGGUHNYA MASIH BANYAK? MENGAPAKAH KERJA
UNTUK ”MERUNTUH” PULA YANG JADI KEUTAMAAN? Sesetengahnya pula sibuk
mencari ”kesalahan” orang yang menang hingga terlupa melihat kesalahan
sendiri yang menyebabkan kekalahan parti.
PARTI BUSH DAN AL GORE SEBAGAI CONTOH?
Sekadar perbandingan rasanya tidak salah untuk melihat beza gaya
politik kita dengan gaya berpolitik di Amerika Syarikat misalnya.
Biasanya apabila terjadi pertandingan merebut jawatan Presiden, calon-
calon yang bertanding akan begitu agresif berkempen. Namun apabila
keputusan pemilihan Presiden diterima tidak begitu memuaskan hati
(merujuk kepada kes Al Gore dan George W Bush suatu masa dulu) kedua-
dua nya merujuk kepada mahkamah.
Setelah mahkamah memutuskan yang Bush adalah pemenang mutlak, Al Gore
menerima nya dan berkata ”Bush ialah Presiden saya dan rakyat Amerika
seluruhnya.” Dan selepas itu kata-mengata, tuduh-menuduh, tidak
berlaku lagi. Pemimpin yang terpilih boleh terus menjalankan tugasnya,
manakala yang kalah, akur dan sanggup memberi ketaatan sebagai rakyat.
Selepas itu rakyat Amerika, tidak kira anggota Parti Demokratik atau
pun Republican, terus bekerja membina negara dengan polisi dan prinsip
yang dibuat oleh parti Republican yang telah diamanahkan membentuk
kerajaan.
TUMPUAN RAKYAT BERALIH
Maksudnya, pegawai kerajaan, ahli ekonomi, para profesional, ahli
akademik, golongan pekerja dan petani tidak sibuk ”berpolitik” kerana
mereka telah memberi tumpuan dan disibukkan oleh tanggungjawab dan
peranan masing-masing. Kerajaan pada ketika itu lebih berperanan
sebagai jentera negara bukan lagi sebagai jentera parti yang sempit.
Melihat kepada perbandingan tersebut, jelas kematangan berpolitik
seumpama itu belum ujud di kalangan orang Melayu di negara kita. Sama
ada di pihak mana pun, masing-masing masih kuat terikat dengan
kepentingan parti walaupun musim pilihanraya telah berlalu. Akibatnya
yang menang gagal ”mengisi” kemenangan manakala yang kalah pula
terus ”menyalak bukit”.
ORANG MELAYU BERPOLITIK 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU
Dan rakyat seluruhnya turut terheret dalam gaya politik ”separuh
masak” ini ke jabatan kerjaan, syarikat swasta, pusat pengajian
tinggi, masjid, sekolah, kedai kopi, kaki lima dan tempat-tempat lain.
Akibatnya ORANG MELAYU BERPOLITK HAMPIR SETIAP MASA, TEMPAT DAN
PERKARA.
Malah lebih parah lagi bila keputusan, pertimbangan, penilaian dam
pengkajian terhadap sesuatu tidal lagi berdasarkan pada etika kerja,
disiplin ilmu atau sikap profesional dalam sesuatu bidang, tetapi
lebih dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian. Untuk memberi
sesuatu jawatan, misalnya, perlu diteliti si polan orang orang parti
mana? Kekadang untuk memberi satu tender atau kenaikan pangkat,
terlebih dahulu diselidiki pegangan politik seseorang berbanding
kemampuan di bidang yang berkenaan.
BUDAYA YANG MERUGIKAN BANGSA SENDIRI
Budaya negatif ini akan merugikan bangsa Melayu secara khusus dan
negara secara umum. Politik kalah mati yang diamalkan sekarang jika
tidak ditangani dengan baik, akan menyebabkan orang Melayu menjadi
semakin emosional dalam menghadapi sesuatu isu. Sikap profesional
berdasarkan analisa ilmu dan kepakaran di bidang-bidang tertentu akan
terpinggir secara beransur-ansur oleh sentimen kepartian yang melampau
dan melulu. ... YANG DOMINAN NANTI IALAH TENAGA KERJA YANG ADA
KETAATAN (ITUPUN SECARA MENGAMPU) TETAPI TIDAK ADA KEPAKARAN.
MELAYU TIDAK CUKUP MATANG
Malangnya sering kali kebencian ”membunuh” kerasionalan. ... Adakah
kebencian terhadap sesama bangsa dan sesama agama mewajarkan kita
untuk membuka pintu kepada pihak lain yang siap siaga untuk menangguk
di air yang keroh?
AGENDA PICISAN BUKAN MATLAMAT KITA
Sayangnya minda kita sedikit terusik apabila model wacanaparti-parti
politik bukan lagi fokus kepada idea, perancangan dan program
memperkasa umat bertaraf tinggi. Sebaliknya lebih pada agenda picisan
yang diwarnai oleh mainan kata, sindiran dan ejekan. Apa yang umat
Melayu dapat dari ”wacana” seperti ini?

Wednesday, February 4, 2009

Sebuah Pengamatan Untuk Perkongsian Bersama.... Fikir - Fikirkan....

Kenapa Yahudi bijak sekali?Mengapa Yahudi Bijak?
(as received by a recent e-mail from a friend. Have an open mind and learn from the enemy)
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?".Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikanialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa bukumetamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.
Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.
Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk,segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.
Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon