Tanggal 3 April menyaksikan satu sejarah terlakar dengan pelantikan YAB Dato Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sekalung Tahniah buat Dato Sri najib kerana diberikan satu amanah yang cukup besar dalam memimpin negara ke satu era yang lebih jitu. Semoga YAB Dato Sri berjaya memacu kelangsungan kecemerlangan negara ini dengan jayanya.

Peristiwa manis ini turut dihiasi dengan kembalinya semula ayahanda tercinta Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO pada hari berikutnya. Mudah - mudahan segala ilmu dan pengalaman yang Allah telah kurniakan kepada ayahanda Tun akan dicurahkan sebaik mungkin dalam membantu Malaysia tercinta menjadi sebuah negara yang disegani dunia.

Buat mantan Perdana Menteri kelima Ayahanda Tun Abdullah, segala jasa baktimu akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Keperibadianmu yang tidak mudah melatah dan gambaran wajahmu yang sentiasa tersenyum membuatkan kami akan senantiasa merinduimu. Semoga Ayahanda Tun Abdullah tidak akan berhenti daripada membantu mencurahkan segala apa jua pengalaman bersama demi untuk sebuah negara dan bangsa Malaysia.
Salam Sayang buat kalian......